^^ana ingin mengumumkan bhw ana br wt akaun fb yg br atas nm Nor Anisah. ini khas untuk org2 tertentu muslimindan muslimt..aik?dulu kata xnak ade muslimin dlm hp dgn fb? ^^ manusia berubah2 angin..tujuan ana wat fb yg satu lg ada sebabnya...sebab yg munasabah..yg penting...^^...wallahua'lam...
Sunday, May 22, 2011
Posted by cahaya ilahi at 5:19 PM 1 comments
Thursday, May 19, 2011
~mereka lebih mulia~
Posted by cahaya ilahi at 10:25 PM 0 comments
cetusan nukilan ku sms berfikir dalam berzikir..
Posted by cahaya ilahi at 12:31 AM 0 comments
Wednesday, May 18, 2011
Wednesday, March 30, 2011
~tarbiah~
alhamdulillah. dah lama ana x jenguk blog ni. asenya dah 3 minggu. tapi apapun alhamdulillah ana masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan melakarkan coretan-coretan hati di sini. allah. maaf. ayat terlalu berbunga. (^,^)..coretan ana kali ni adalah tentang tarbiah. antum tau apa tarbiah? bg yg sekolah agama mestilah taukan. tapi x mustahil yg bukan sekolah agama pun tau jugak bahkan lebih arif dalam bidang dakwah ni. don't judge the book by its cover!..
bila habis spm, daftar form6 ambik stam. sementara tunggu spm. alhamdulillah. resultnya agak oklah dan dapat tawaran belaja kat kelantan. negeri tok guru. ya allah. subhanallah. lega tapi...takut...sebab first time duduk kat asrama. x pernah stay asrama. jadinya first time masuk memang berdebar. xtau nak wat pe. tapi alhamdulillah..boleh juga besekan diri. kene survive sorang2. hanya ALLAH yg tau.
selama stay kat sane..ana telah mendapat sesuatu yg berharga kerana ia telah merubah diri ana. selama 2 tahun, ana ikut usrah di sana. banyak yg ana belajar. tentang ukhwah, perjuangan dan segalanya. masa kat sekolah x ase benda ni sume coz semua dibuat atas dasar semangat semata2 dan suka2..tapi masuk kat apium...ya allah..baru ana nampak apa tujuan kita hidup kat dunia ni. ke mana kita lepas hidup? erm..utk pengetahuan sahabat2 ana sekalian..apium ni adalah tempat biah solehah. di sini ana temui pelbagai ilmu. di sini ana temui hakikat kehidupan. di sini ana temui mutiara yg paling berharga dan di sini ana dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan pelbagai peringkat umur. alhamdulillah.
di sini ana belajar cara membahagikan masa ana untuk gerak kerja islam dan belajar. kedua2nya penting. dakwah no 1 tapi belajar bukanlah no 2!!!!!... segala suka duka ana rasai selama belaja di apium. tapi kerana tarbiahlah yg membuat ana mampu menerima segalanya. tarbiahlah yg membuat ana belaja berfikir secara matang. tarbiahlah yg membuat ana sedar siapa ana dan dari mana ana datang. ya allah. allahu akbar!
antum dah dapat gambarkan maksud tarbiah? jika belum, xpe. ana akan jelaskan. bismillahirrahmanirrahim...
tarbiah adalah proses mendidik diri dari buruk kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik. percayalah. kerana di sini juga kita belaja bahawa ALLAH ADALAH SATU-SATUNYA TEMPAT PERGANTUNGAN KITA!!!!! kerana ALLAH kita datang dan kerana ALLAH kita akan dikembalikan. semuanya datang dari ALLAH. yakin dan percayalah!!! ALLAH bersama orang-orang yg benar.
celupan ALLAH adalah sebaik celupan....ALLAHU AKBAR!!!!!
p/s: maaf andai coretan ini kurang sedap dibaca..ini saja yg mampu...(^,^)...
Posted by cahaya ilahi at 7:29 PM 0 comments
Wednesday, March 16, 2011
wanita dan purdah..
1. Firman Allah: ولأ يبدين زينتهن اءلا ما ظهرمنها
maksudnya:dan janganlah kamu pamerkan perhiasan kamu kecuali apa yg zahir drpdnya..
Ibnu Abbas berkata di sini yg dimaksudkan dgn apa yang zahir ialah muka dan tapak tangantetapi pendapat ini disangkal oleh Syeikh Musthafa Al-Adhawi dlm kitab Jami' Ahkamin Nisa'
2. Firman Allah: قل للمؤمنين يغضوا من أبصرهم ويحفظ فروجهم
maksudnya: dan katakanlah kpd org mu'min tundukkan pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka....
Ayat ini menunjukkan bahwa ada sesuatu pada wanita yg mungkin dibolehkan untuk dibuka yg pada masa yg sama dilarang dilihat oleh lelaki.
ia juga dikuatkan dengan beberapa hadis antaranya:"Wahai Ali, janganlah kamu ikutkan pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, kerana engkau berhak pada pandangan pertama tetapi tidak pada pandangan kedua..
3. Hadis nabi:
Dari Aisyah R.A bahwa Asma' bintu Abu bakar telah menemui Rasulullah dgn memakai pakaian yg tipis, maka Rasullah berpaling drpdnya dan berkata,: Wahai Asma', jika seseorang wanita itu telah mendapat haidh (baligh) , maka tidak patut terlihat drnya kecuali ini dan ini ( Rasulullah menunjuk kpd tapak tangan dan muka)
4.Hadis nabi:
Rasulullah berjalan bersama Al-Fadhl bin Abbas, kemudian ia berhenti untuk memberi periungatan kpd org ramai... ketika itu datanglah seorang wanita yg cantik dari suku Khats'am meminta fatwa dr Rasulullah. Maka terlihatlah Al-Fadhl akan wanita itu dan terpesona ia. Nabi melihat Al-Fadhl dgn pandangan yg tajam , tetapi dia tetap memandang ke arah wanita tersebut. Maka Rsulullah pun berundur ke belakang dan memegang dagu Al-Fadhl dan memalingkan wajah Al-Fadhl...
Hadis ini menunjukkan bahawa dibolehkan memperlihatkan muka kpd org ramai....
Ini hanyalah sebahagian hujah drpd 18 hujah sahih drpd ulama'. Baiklah... mari kita lihat kpd hujah yg mewajibkannya........
HUJAH2 YANG MEWAJIBKAN PEMAKAIAN PURDAH
1.Firman Allah: وقل للمؤمننات يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن
maksudnya: dan katakanlah kpd muslimah tundukkanlah pandanganmu dan peliharalah kemaluanmu.......
Di sini disuruh supaya menjaga kemaluan, ia juga termasuk menjaga segala yg mendorong ke arah rosak nyer kemaluan/kehormatan. Ini kerana memperlihatkan muka kpd org ramai sudah tentunya mendorong nafsu syahwat lelaki dan akhirnya akan pergi kpd kejadian yg lebih jauh... Na'uzubillah.........
2.Firman Allah: ولأ يبدين زينتهن اءلا ما ظهرمنها
maksudnya: dan janganlah pamerkan hiasan mereka kecuali apa yg zahir daripadanya...
Ibnu Mas'ud berkata bahwa apa yg zahir drpd mereka ialah pakaian. Ia disahihkan oleh Syaikh Mustafa Al-Adawi dlm kitab Jami' Ahkamin Nisa'. Ini bermaksud wanita itu wajib menutup mukanya sekali....
3. Firman Allah: وليضربن بخمورهن على جيوبهن
masudnya: dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka hingga ke leher dan dada mereka...
Berdasarkan ayat ini, wanita itu wajib menutupi dada dan leher mereka, maka ,menutup muka adalah lebih wajib kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yg bijaksana ini memerintahkan menutup dada dan leher tetapi membiarkan muka terbuka.
4.Firman Allah:ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن
maksudnya: dan janganlah mereka menghentakkan kaki2 mereka agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan......
Allah melarang muslimah menghentakkan kaki2 mereka kerana khuatir akan terdengar perhiasan2 mereka seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini kerana risau akan laki2 yg terdengar gelang2 kaki akan tergoda,maka godaan yg ditimbulkan kerana terlihat muka adalah lebih besar lagi. Apatah lagi dengan solekan2 yg berlebihan, pastinya ia lebih berhak ditutup untuk mengelakkan fitnah yg besar.
.5.Firman Allah (sorilah... dh malas nk tulis arab):"apabila kamu meminta sesuatu keperluan drpd mereka, maka mintalah dr belakang tabir. Cara itu lebih menyucikan bagi hatimu dan hati mereka." (Al-Ahzab:53)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa wanita wajib menutup diri mereka dari laki2 termasuk menutup wajah. Hikmahnya ialah untuk menjaga kesucian hati2 org yg beriman
6. Ummu Athiyah berkata: " Pada dua hari raya, kami diperintahkan untuk mengeluarkan wanita2 haidh untuk menghadiri jemaah kaum muslimin dan doa' mereka. Seorang wanita bertanya, "wahai rasulullah, seorang di antara kami tidak memiliki jilbab(tutup muka) bolehkah dia keluar..? Maka Rasulullah menjawab "hendaklah kwan2nya meminjamkan jilbab mereka"
7. Aisyah berkata: " jika rasulullah melihat wanita-wanita di zaman ini apa yg kita lihat, nescaya beliau melarang wanita ke masjid"
perkataan Aisyah ini adalah setelah beliau wafat, dan ketika itu para wanita sudah tidak terlalu menjaga adab2 mereka. Antaranya tidak memakai jilbab(purdah). Ini menjelaskann bahawa jika seseorang muslimah itu tidak memakai jilbab, ia dilarang untuk keluar rumah.
ini adalah sebahagian hujah drpd 26 hujah yg ana dapati drpd para ulama' dan mereka2 yg ahli dn layak dlm bidang ini....
Antara ulama' yg berpendapat bahawa purdah itu wajib ialah:
1.Syaikh Muhammad Al-Shinqithi2.Syaikh Abdul Aziz bin Baz3.Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin4.Syaikh Abdullah bin Ibrahim Al Jarullah5.Syaikh Bakar Abu Zaid6.Syaikh Musthafa Al-Adhawidan lain2 lagi.........
KESIMPULAN
-Menutup muka bukanlah suatu yg asing ketika zaman Rasulullah. Ia dilakukan hampir seluruh muslimah ketika itu sehingga ianya dijadikan keutamaan dan dijatuhkan hukum wajib oleh sebahagian ulama'. Namun sekarang ia sudah jadi tidak biasa dan jadilah ia hanya satu tuntutan dan bukan kewajipan walaupun terdapat hujah2 yg mantap serta kuat untuk mewajibkannya.
-Zaman ini juga telah masuk sebagai apa yg dikatakan dlm hadis rasulullah: بدأ الأسلام غريبا وسيعود غريبا فطبى للغربأ
maksudnya: "islam itu bermula dengan ganjil (dari pandangan orang ramai), dan ia akan kambali dipandang ganjil (akhir zaman), maka beruntunglah orang2 yg ganjil( pada waktu itu)."
maka, apa salahnya kita menjadi sebagai orang yg dipandang ganjil seperti yg dikatakan nabi dan sekaligus mendapat doa' drpd nabi sebagai org yg beruntung. Jadi ana menyeru Muslimah agar doronglah diri anda serta rakan2 anda untuk mengenakan purdah, kerana walaupun ada dalil yg mengatakannya tidak wajib, tetapi kita mesti ingat bahawa terdapat juga dalil yg mengatakannya wajib. ~wallahu a'alam~
Posted by cahaya ilahi at 9:17 AM 0 comments
akhirnya ku temui jawapan..
alhamdulillah...bersyukur ke hadrat ilahi kerana diri ini masih mampu bernyawa dan meneruskan tugas sebagai khalifah di dunia ini..terima kasih ya allah..erm...hari ana terasa sangat2 lega kerana jawapan yg ana cari selama ini terlerai juga akhirnya setelah bertemu dgn insan yg dihadirkan oleh ALLAH...siapakah insan itu? biarlah menjadi rahsia...yg penting sekarang ana telah mendapat semangat baru dan punye prinsip yg sesekali tidak akan digoyahkan...insyaALLAH...
jawapan apa ye???.....erm...jawapan samada ana perlu kahwin atau x?....agak pelik...tapi ana agak tertekan coz ade yg wat statement yg bukan2 pasal ana....ana x suke....dan ia bercanggah sama sekali....erm.... topik ni juga paling diminati gadis2. sebab apa ana pun xtau...tapi klu ajak ana borak sal benda ni...maaflah...i'm not interesting....bukannya apa...ana masih belum bersedia...
jawapan bg persoalan ana di atas...ialah....bergantung pada prinsip ana...prinsip ana..ana nak fokus belaja dulu...insan yg menasihati ana cakap pada ana....jaga diri baik2....jgn layan lelaki klu tiada keperluan....tingkatkan amalan....jaga ibadah....dan lain2....last sekali dia kata...perempuan baik utk lelaki yg baik...alhamdulillah....walaupun jawapan ni ana boleh cari sendiri dalam internet...tapi mungkin sebab fikiran ana bercelaru...jadi x dapat fikir apa2.....syukran jazilan kepada ..........................(^_^).......
jadi..nasihat ana kepada wanita2 yg ana sayangi..jagalah diri kalian.....jadilah yg terbaik di kalangan yg terbaik...ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!!!
Posted by cahaya ilahi at 7:25 AM 0 comments
Sunday, March 13, 2011
hadiah dari seseorang yg istimewa...
kesukaan ana.. |
sentiasa pakai ni utk mengingati si dia.. |
jika ade yg berfikir demikian...istigfarlah kerana ia boleh membawa prasangka buruk pada seseorang... jika tidak...alhamdulillah....erm...hadiah ni ana dapat dari adik usrah ana yg sangat manja orgnya....walapun dy jarang turun usrah....tapi ana tetap sayang dy....bg ana kita jgnlah meninggalkan org yg masih mencari kekuatan utk mendapatkan kebenaran....kita rapatkanlah dgn diri dgnnya....menyentuh hati seseorag itu sgt penting sebelum kita menegur atau mengajak kepada kebenaran....rasulullah juga ajar camtu...
didiklah diri untuk memahami org sebelum kita minta seseorang memahami kita....wallahua'lam..
Posted by cahaya ilahi at 9:25 AM 0 comments
Thursday, March 10, 2011
hari-hari terakhirku..
dah lama x buka blog....sangat padat aktiviti ana....exam....wat video...tolong pensyarah utk malam anugerah kolej dan sbgnya...tapi....dalam kesibukan itu....sedar x sedar kehidupan ana di apium semakin berakhir.....allah...hanya kau tahu sedihnya hati ini.....banyak kenangan pahit dan manis telah terlakar di sini.....kalau ingin diungkapkan satu persatu...sampai bila-bila tidak akn habis....tapi....ingin ana kongsikan di sini kenangan ana bersama pensyarah-pensyarah, pakguad dan staf-staf lain....kebanyakan org hanya melakar kenangan bersma kwn-kwn...tapi bagi ana kenangan bersama org yg terlebih dulu makan asam garam kehidupan lebih bermakna kerana mereka lebih arif dan tahu buruk baik sesuatu perkara....
nasihat-nasihat berguna telah banyak dilontarkan...insyaALLAH insan ini akan memanfaatkan sebaik mungkin.....keadaan di sini memberi ana satu ketenangan kerana ana mendapat banyak manfaat....dari segi akhlak masyarakatnya.....suasana belajarnya......allah.....aku pasti akan merinduinya....
tarikh 10/3/2011 ana dan roomate ana siti rahimah ikhsan telah menjelajah ke seluruh apium untuk bertemu pensyarah-penyarah,staf-staf kolej dan pejabat..rase bahagia tapi hati sebak kerana itulah hari terakhir ana mendengar nasihat-nasihat dari mereka dan juga hari terakhir ana bersma dengan roomate.....mengalir airmata tatkala diri ini melihat wajah-wajah mereka yg memberi ana seribu kenangan...suka di sini ana menyebut nama-nama yg akan ana ingat sampai bila-bila...insyaALLAH...antaranya...ustaz muhiden,ustaz hazrul,ustazah wan rohani,ustaz mahyuddin,ustaz azrien,ustaz zamri,ustaz syed abdurahman,ustaz khairul akhbar, ustaz alwee,ustaz nawi,ustaz shukeri,ustaz najib,ustazah syukriah,ustazah thuraya,bapak sharif ponor,pakcik mohamad,pakcik jamal,pakcik nawi,pakcik abu bakar,kak na...ramai lagi pakguard....dan staf-staf....kak nor,kak azima,kak za,abg zul,abg zamri,abg mi dan ramai lagi.........ana sayang kesemuanya.........mereka seperti keluarga bagi ana.....
ana menghitung hari dan waktu....malam esok jam 9 malam akan bertolak ke kl...dan saat kaki melangkah keluar...itulah hari terakhir ana di apium dan kelantan.....tapi isyaALLAH ana berazam akan datang semula untuk bertemu mereka....lebih2 lagi bulan 6 ana akan belaja di pondok pasir tumboh bersama roomate untuk mengisi masa lapang yg ada dan menambah ilmu dan memantapkan bahasa arab sebelum ke kl..insyaALLAH...jari ini sudah tidak mampu menaip kerana hati makin sebak jika difikirkan tentang kehidupan di sini....sampai sini saja....moga kita jumpa lagi......apium nilam puri tetap di hati....
laluan jalan kaki yg masih belum siap....xsempat ana merasa |
bangunan pejabat am. |
pejabat am.. |
dewan johor..maktabah...dalam bangunan ni.. |
pakcik maktabah paling sporting.. |
ni antara buku2 dalam maktabah...banyak lagi rak... |
kawasana blok alga dan rumah penyelia.. |
suasana dalam maktabah.. |
bangunan kuliah.... |
tetap dalam ingatan... |
pakcik jamal dan pakcik....lupa namanya... |
Posted by cahaya ilahi at 9:06 PM 0 comments
Sunday, February 20, 2011
minggu senyap...minggu penuh konflik..
minggu ni memang jadual ana sangat padat....minggu untuk study...xleh nak main2...dan minggu ni juga berlaku pilihan raya kampus di um k.l...kampus induk bagi um...ana hanya berada di sini hanya mampu berdoa...x mampu menolong dari segi fizikal...maaf ye akak2 dan ustaz2 di sana....aulawiyat kami di sini....
tersentak ana dikejutkan dengan berita kehilangan seorang calon prk...lagi2 calon tu ana sangat kenal...dan merupakan mantan jawatan ana pegang sekarang...allah....memang ujian....berita kehilangannya di sebarkan melalui akhbar2..facebook....dan blog...tapi alhamdulillah...semalam allah telah menemukan calon tersebut di sebuah masjid di selangor...masih lengkap pakaiannya....cuma....dia tidak ingat apa yg berlaku...semoga allah beri kekuatan padanya....
pilihan raya kampus tahun ni agak tegang jika dibandingkan dengan sebelumnya...walaupun ana masih lagi di tahap asasi...tapi ana suka untuk mengetahui keadaan di kampus induk sebab nanti ana bakal ke sana...
semoga allah beri kekuatan..kesabaran dan kemenangan kepada org2 yg benar2...dan doakan juga kami di sini yg bakal hadapi final exam....wallahua'lam...
Posted by cahaya ilahi at 10:46 PM 0 comments
Thursday, February 17, 2011
biasa yg berbisa..
Kelihatan seekor kala jengking berdiri di tebing sungai. Ingin menyeberang ke tebing sebelah sana. Lalu, ia meminta katak membawanya ke tebing seberang sana.
"Bagaimana aku yakin kau tidak akan menyengat aku?" Tanya katak.
"Kerana aku akan lemas kalau aku menyengat engkau," jawab kala jengking.
Ada benarnya kata-kata kala jengking itu, lalu katak membenarkan kala jengking memanjat ke belakangnya. Dan katak pun berenang.
Sampai di pertengahan sungai, kala jengking menyengat belakang si katak. Sebelum kedua-duanya lemas, sempat katak bertanya, "tapi kenapa?"
"Biasa lah," jawab kala jengking. Dan kedua-duanya mati lemas, di tengah sungai.
Biasa buat? Bisa buat?
Banyak benda biasa, yang mana bila kita biasakan, boleh menjadi bisa yang akhirnya membunuh diri kita. Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Ibnu Rajab al-Hanbali dan Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab mereka Tazkiyatun Nufuz wa Tarbiyatuha kama yuqarrirruhu Ulama As Salaf menuliskan terdapat empat racun hati yang paling biasa dilakukan, tetapi mempunyai kesan besar kepada hati, iaitu banyak berbicara, pemandangan yang tidak dijaga, terlalu banyak makan dan banyak bergaul dengan sembarangan orang.
Abu Hurairah berkata, hati adalah raja anggota tubuh. Dan anggota tubuh adalah para perajuritnya. Apabila raja baik, maka baik lah para perajuritnya. Dan apabila raja busuk, maka busuk lah para perajuritnya.
"Biasalah!"
Selalu kita dengar orang beralasan dengan alasan 'biasa' bila ditegur tentang sesuatu. "Biasalah. Doktor hisap rokok, ustaz-ustaz pun hisap rokok," itulah jawapan bila ditanya kenapa merokok.
"Alah, lewat sikit saja, bukan tak datang langsung pun. Biasalah, kita kan orang Melayu," respon bila digesa untuk tidak datang lewat.
Apa masalah sebenar?
Masalah doktor atau ustaz juga hisap rokok, atau masalah dilahirkan sebagai orang Melayu (baca: salah ibu mengandung)?
Atau ini sebenarnya masalah sikap?
Benar. Ini masalah sikap (attitude). Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".
Ayat ini benar. Bila kita mengubah sikap kita terhadap masa, kerja, orang sekeliling, wang, ilmu dan sebagainya, kita sebenarnya sedang memperbaik kejayaan kita.
Tetapi, bolehkah kita mengubah sikap, tanpa terlebih dahulu menjaga hati kita?
Fikir dengan akal, tilik pakai hati.
sumber: i luv islam
Posted by cahaya ilahi at 1:31 AM 0 comments
Wednesday, February 16, 2011
diari seorang ayah..
abah kesayangan ana... |
Posted by cahaya ilahi at 9:39 PM 0 comments
khutbah terakhir nabi muhammad s.a.w
Posted by cahaya ilahi at 9:59 AM 0 comments
bukan untuk saya-saya bukan valentine's
Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kerabat baginda, para sahabat serta seluruh umat Islam yang menjadikan Baginda sebagai contoh ikutan hingga ke Hari Kiamat.
Serangkap peribahasa dari negara Barat menyatakan 'Imitation is the most sincere form of praise' yang bermaksud 'Tiruan adalah pujian yang paling jujur'. Saya pula berkata, 'Tiruan adalah tanda yang paling jelas bagi menunjukkan kehambaan mental'.
Jadi, apakah maksud sebenar 'Valentine's Day'?
Ini adalah hasil pencarian Google saya baru-baru ini.
"Dalam sejarah Rom, 14 Februari merupakan tarikh cuti khas untuk menperingati Juno, Permaisuri Tuhan-Tuhan Roman. Keesokan hari tersebut, Jamuan Lupercalia pula akan diadakan bagi menyambut hari cuti yang penuh bermakna itu.
Pada masa ini, semua lelaki dan perempuan diasingkan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai satu upacara yang bermula menjelang hari sambutan Perayaan Lupercalia. Pada asasnya, semua nama perempuan akan ditulis di atas sehelai kertas dan kesemua helaian kertas tersebut akan diletakkan di dalam beberapa buah baling khas. Kemudian, setiap lelaki akan cabut sehelai nama dari mana-mana balang dan mereka akan terus menjadi pasangan sepanjang Perayaan itu. Selepas menjadi pasangan, mereka sudah semestinya akan terus berhubung antara satu sama lain sehinggalah sampai satu masa, mereka akan jatuh cinta dan berkahwin.
Raja Rom pada ketika itu, Raja Claudius II, juga dikenali sebagai Raja Kejam Claudius, sedang menghadapi masalah yang besar untuk mengambil pemuda-pemuda lelaki Rom untuk dijadikan sebagai askar. Dia percaya bahawa semua lelaki Rom enggan meninggalkan kekasih mereka serta membatalkan segala pertunangan dan perkahwinan yang telah dijadualkan di seluruh negara. Oleh itu, seorang paderi Rom yang bernama St. Valentine telah bertindak mengahwinkan ramai pasangan kekasih secara rahsia. Namun yang demikian, akhirnya dia ditangkap, ditahan dan dihukum dengan berat. Dia telah dibelasah sehingga mati dan kepalanya dipancung pada 14 Februari sekitar tahun 270.
Jamuan Lupercalia wujud bagi melambangkan ketidakpercayaan terhadap Tuhan. Pegawai-pegawai gereja dan paderi-paderi dari zaman Awal Kristian telah mengubahsuai Perayaan Lupercalia dengan mengubah salah satu daripada adat resamnya, iaitu tidak meletakkan nama-nama perempuan di dalam kesemua balang tersebut. Mereka menukar kesemua nama tersebut dengan nama-nama orang yang telah berkorban demi agama mereka. Mereka sebulat suara memilih nama serta hari pengorbanan St. Valentine sebagai "Valentine's Day" bagi menggantikan perayaan untuk jamuan itu."
Hari ini, syukur Alhamdulillah kerana kita semua tahu mengapa umat Islam diharamkan daripada menyambut Valentine's Day serta melakukan segala perbuatan yang meniru atau menampakkan walau sedikitpun unsur-unsur perayaan ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ini merangkumi perbuatan-perbuatan seperti berdua-duaan dengan bukan muhrim, bermanja-manja atau menjalin hubungan cinta dengan penuh romantik secara jelas, melalui Internet, dan lain-lain. Semuanya adalah jelas sama sekali - HARAM.
Saya rasa, tiada seorang pun umat Islam hari ini yang tahu membaca dan menulis, tetapi pada masa yang sama, tidak tahu bahawa semua perbuatan ini adalah HARAM. Jadi, saya ingin berbicara dengan lebih lanjut mengenai satu lagi aspek yang hina lagi keji di dalam perayaan syaitan ini. Saya menggelarnya – 'The Thin Edge of the Wedge', iaitu dari segi bahasanya bermaksud "Sudut Bucu Yang Sempit bagi Sebuah Penghalang"
Lebih tepat lagi, mereka menggelarnya "Kebebasan". Ya, ia memang jelas sekali membawa makna yang baik, jadi kita tidak pula memikirkannya dengan lebih mendalam. Sebenarnya, "kebebasan" mereka bermaksud kebebasan untuk membuat apa sahaja yang mereka nak, sebagai contoh menjadi diri mereka sendiri, menyuarakan perasaan, mempunyai ruang, dan sebagainya. Terjemahannya memang baik, malah bukankah kita juga percaya terhadap sesebuah perjuangan untuk kebebasan? Bukankah selama ini kita acapkali memberikan sokongan yang mantap kepada semua pihak yang mewakili kita bagi berjuang untuk mendapatkan hak kita? Sepatutnya, kita mesti muhasabah diri kita dulu dengan beberapa soalan sebelum kita berbuat demikian, soalan-soalan seperti:
i. Kebebasan dari apa?
ii. Untuk buat apa?
iii. Apakah maksud sebenar 'menyuarakan perasaan kita'?
iv. Apakah maksud 'ruang'?
Dengan itu, barulah kita tahu maksud sebenar 'kebebasan', iaitu kebebasan dari menurut segala peraturan dan undang-undang, yang telah disusun khas bagi membentuk peribadi mulia semua penduduk di sesebuah negara untuk membolehkan mereka bertanggungjawab terhadap keamanan mereka bersama-sama. Tetapi persoalannya, bukankah semua perbuatan ini juga boleh diterjemahkan sebagai 'anarki'?
'Betul', kata mereka. Tetapi, sebagaimana yang kamu boleh lihat, mereka inilah umat manusia yang pelik, memalukan, tidak berakal, serta berfikiran ke belakang, dan tidak mempunyai nilai-nilai moral yang baik seperti orang lain. Inilah masanya untuk kita campak mereka jauh-jauh, berserta dengan segala ideologi-ideologi sesat mereka. Ini adalah khas untuk membolehkan kita menyertai aliran pemikiran sebuah masyarakat moden di dalam kampung yang bernama "Dunia" ini.
Mereka lupa nak beritahu kita bahawa 'konsumerisme' – adat perbelanjaan, ialah adat resam yang dominan di dalam kampung "Dunia" ini. Inilah adat yang membolehkan manusia memuaskan nafsu mereka untuk berbelanja, dengan berbekalkan had kad kredit mereka sebagai hutang. Mereka takkan sesekali mengingatkan kita bahawa satu hari nanti, kita mesti membayar juga segala hutang kad kredit yang telah dibelanjakan! satu hari nanti, kita akan dipertanggungjawabkan!
Mereka juga lupa untuk beritahu kita bahawa kesemua perbuatan ini menuju ke arah suatu pemikiran yang menjadikan manusia alpa terhadap tanggungjawab serta mementingkan diri sendiri – "Kau, kau! Aku, aku! Yang penting aku hidup bahagia!"
Peringatan: Bagi golongan-golongan yang disebutkan di atas;
1. Perkataan "Keluarga" sangat dibenci kerana keluarga melambangkan keperibadian tanggungjawab.
2. Perkataan "Tanggungjawab" juga sangat dibenci kerana orang yang bertanggungjawab arif berbelanja dengan penuh waspada dan tidak menurut nafsu.
3. Mereka amat benci orang yang bertanggungjawab kerana mereka tahu golongan ini pandai menabung, tidak membazir, tidak menurut nafsu dan tidak mengikut gaya hidup negatif
*Kesimpulannya, orang yang bertanggungjawab tidak menyokong 'konsumerisme' sama sekali. Ini berita buruk! Pendek kata, 'keluarga' mestilah dimusnahkan!
Untuk mencapai impian tersebut, dua perkara mesti dibolehkan secepat mungkin.
1. Hubungan seksual (kasual dan tidak mengira kaum)
2. Amalan-amalan yang tidak bermoral
Tapi, takkan kita nak cakap sebegitu rupa. Betul tak? Mestilah semua pihak akan melontarkan pelbagai kritik itu dan ini. Jadi, mereka mencipta satu istilah baru – "kebenaran orang dewasa"
Pada zaman moden ini, semua orang pun beranggapan bahawa 'menjadi dewasa' bermaksud membuat segala keputusan mengenai apa sahaja berkaitan kehidupan masing-masing dan orang luar tidak berhak untuk masuk campur, kan? Katakanlah dua orang dewasa ingin melakukan sesuatu yang orang lain tidak bersetuju atau menganggap ianya tidak baik, contohnya seperti rakyat jelata atau orang agama yang menyatakan pendapat mereka. Ini sudah semestinya melawan kebebasan, kan? Melawan kebebasan itu tidak elok, kan?
Maka dengan itu, wujudlah istilah "kebenaran orang dewasa" Kita pula tanpa segan-silu menyokong dengan penuh semangat yang jitu.
Jadi sekarang ini, bagi membolehkan kita "berjuang untuk kebebasan" kita mestilah menjadi dewasa dulu. Dewasa itu apa? 21 tahun? Tua sangat, orang dah lama matang. Jadi, 18? Apa kata 16? Ahh! Alangkah gembiranya hidup masa umur 16 tahun! Tapi kita tak boleh cakap sebegitu. Sebenarnya, 16 tahun ialah umur yang sangat sesuai untuk memperoleh kebenaran kerana seseorang manusia sudahpun matang semasa berumur 16 tahun. Jadi kenapa mereka mesti dikongkong daripada memperjuangkan hak mereka?
Kenyataan ini sangat asyik didengari, kan?
Jadi, macam mana nak jadikan hubungan seksual yang kasual supaya diterima oleh orang ramai?
Satu kaedah yang amat efektif ialah C-I-N-T-A. Perkataan yang mempunya lima huruf ini sebenarnya ada maksud tersirat, juga lima huruf iaitu N-A-F-S-U. Oleh itu, mereka pun mempromosikan idea C-I-N-T-A ini dalam satu bentuk perayaan – Valentine's Day. "Apa masalahnya?" tanya mereka. "Lebih-lebih pun, budak-budak lelaki dengan perempuan meluahkan rasa C-I-N-T-A kepada kekasih mereka." (Budak ke? Tak juga, semua macam bapak budak). Mula-mula, orang-orang alim Kristian pun tak benarkan perbuatan ini, tetapi akhirnya mereka mengalah.
Hakikatnya, Valentine's Day menggalakkan adat berbelanja di kalangan semua orang bagi membolehkan mereka meluahkan rasa C-I-N-T-A. Jadi, apa yang berlaku terhadap semua pihak yang cakap Valentine's Day ini HARAM? Kalau tak dipanggil Islamist, mesti mereka akan dipanggil sebagai pengacau, cerewet, terrorist, cacat akal, pandang ke belakang, dan yang sewaktu dengannya. Nampak tak?
Kenapa Allah s.w.t. beritahu manusia mengenai semua perayaan syaitan ini? Allah s.w.t. berfirman:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاء وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Al-Baqarah (Surah Ke-2:Ayat 168) Wahai manusia! Makanlah apa yang dibolehkan dan baik di atas muka bumi, dan jangan sesekali ikut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya, dia adalah musuh yang paling nyata. (Ayat 169) [Syaitan] mengajak kamu melakukan perkara jahat dan keji, dan khabarkanlah kepada Allah apa yang kamu tidak ketahui.
Jadi, macam mana nak jadikan hubungan seksual yang kasual supaya diterima oleh orang ramai?
Satu cara lagi yang sangat berkesan ialah melalui iklan, siri TV, dan wayang. Ini termasuklah Bollywood, Hollywood, dan juga semua iklan produk serta iklan perkhidmatan yang dengan jayanya telah menyumbang ke arah penghakisan saki-baki nilai-nilai moral masyarakat kita sehinggakan benda-benda yang pantang disebut/dibuat 10 tahun lalu, kini dianggap normal pada masa kini. Kita menggelarnya "hiburan". Kita menggelarnya sebagai kemajuan, iaitu siapa yang ikut pastinya elegan, dan siapa yang tak ikut akan dipandang sebagai kolot.
Inilah yang saya panggil 'The Thin Edge of the Wedge' atau "Sudut Bucu Yang Sempit bagi Sebuah Penghalang"
Bila dah sampai depan pintu, yang lain akan turut serta masuk ke dalam rumah. Ianya tidak boleh dielakkan lagi, ia pasti berlaku. Hanya tinggal masa yang akan menentukan bila ia akan menimpa kita. Kita fikir tiada apa-apa akan berlaku selagi kita jaga diri kita, kan?
Kita tak fikir apa-apa bila tengok iklan biskut yang tunjuk perempuan pakai baju tak cukup kain gigit biskut sambil baring atas sofa dengan penuh berahi.
Kita tak fikir apa-apa bila tengok iklan aiskrim yang tunjuk perempuan cantik jilat batang aiskrim yang jelas sekali mengingatkan kita mengenai satu lagi 'batang'.
Kita tak fikir apa-apa bila tengok iklan PDA yang fokus lebih kepada lengkungan badan model itu yang menyokong PDA tersebut daripada fokus kepada lengkungan PDA itu sendiri.
Dan selama ini, kita hanyalah menyedapkan hati masing-masing dengan berkata "Ala, semua tu iklan je. Bukannya aku kenal diorang, usik-usik diorang pun, kan? Jadi, diorang tak boleh buat apa-apa kat aku, kan?"
Semua iklan tersebut memang tak boleh apa-apakan kita, kan?
Kita memang tak nampak atau kita berpura-pura tak nampak, agenda sebenar yang telah dirancang – Kejuruteraan Sosial. Tukar norma masyarakat, tukar apa yang boleh dan apa yang tak boleh diterima. Tukar apa yang dilarang dan apa yang tak dilarang. Tukar daripada "Mustahil" menjadi "Penuh Aspirasi" Kamu mesti ingat tiada apa-apa perkara buruk yang akan berlaku, kan? Lihat sajalah bagaimana industri pengiklanan dan perfileman dipromosikan dan berubah semenjak 30 tahun lepas. Selepas itu, kita akan lihat realiti yang menunjukkan generasi ibubapa kita tidak sanggup untuk menonton sesuatu – yang walhal tidak sedikitpun mempengaruhi keperibadian kita.
Persoalannya ialah kenapa kita perlukan anggota badan model wanita untuk jual aiskrim? Bukankah itu halangan para wanita? Tidak, ia bukannya satu halangan! Dia buat semua itu dengan rela hati tanpa paksaan sesiapa. Samalah seperti main tenis, pemain wanita mesti pakai skirt mini. Pakai burqa ialah satu halangan. Tapi apa jadi apabila dia nak pakai burqa dengan rela hati juga? Mustahil! Burqa bukannya keagamaan, ia hanyalah gaya hidup. Cuba tanya Sarkozy, jadi ia mesti diharamkan.
Tapi, memaksa orang untuk tanggal baju sama sahaja dengan memaksa mereka pakai baju, kan? Ahh! Kamu semua takkan faham! Tapi tak mengapa, kamu semua kolot dan ketinggalan zaman, kan?
Kita juga tengok pelbagai jenis hubungan sebelum kahwin dan selepas kahwin di pawagam dan kaca TV yang menggunakan 'plot cerita' dan 'kebolehan berlakon' sebagai alasan untuk menyedapkan hati kita, contohnya seperti "Ala, dia berlakon je. Bukan betul-betul, kan?" sehingga tibanya hari di mana anak-anak kita akan mempunyai hubungan-hubungan sebegitu rupa. Bila kita tengok di kaca TV, kita tak pernah fikir bahawa ianya akan terjadi di dalam keluarga kita atau rumah kita sendiri, kan?
Tapi,
- bukankah kita sudahpun menerimapakai budaya-budaya yang baharu ini semasa kita membayar tiket dan menonton wayang?
- bukankah kita yang beritahu anak-anak kita bahawa semuanya hanyalah 'lakonan semata-mata' sebelum ini?
- bukankah kita yang anggap ianya tidak mengapa kerana kita tengok kesemua adegan-adegan tersebut secara beramai-rmai sebagai sebuah keluarga?
- bukankah kita yang memberikan tanggapan pertama yang positif terhadap prinsip "tak payah ikut mak ayah, ikut pelakon lagi seronok"
Kemudian, fenomena siri TV dan drama C-I-N-T-A pula mengambil alih aliran pemikiran kita; fenomena yang pasti meletakkan adegan-adegan suspen sebelum tamat untuk membuatkan kita pasti tengok pada episod seterusnya. Siri TV – Bold and Beautiful, ialah satu contoh yang baik bagi menunjukkan siri TV tampak berani tetapi tidaklah secantik mana. Ia mengisahkan hubungan lelaki dan perempuan sehinggalah tiba pada satu tahap di mana ianya menjadi sangat rumit apabila watak perempuan itu adalah isteri kepada seorang ayah, tiba-tiba menjadi ibu kepada seorang anak, dan pada masa yang sama, dia sendiri adalah kekasih lelaki lain, dan sebagainya.
Alangkah bebasnya dia! Dan kita pula sedang berada di mana ketika semua rancangan seperti ini ditayangkan? Di dalam ruang tamu kita sendiri, di mana semua jenis lakonan ditayangkan dan ditonton oleh seluruh ahli keluarga tanpa malu. Kenapa jadi begitu? Kerana kita masih lagi menganggap semua itu hanyalah "lakonan semata-mata" Dan kepada kita yang suka menonton National Geographic, berita, dan Animal Planet – sebenarnya, iklan-iklan yang menyebabkan kita masih menonton rancangan TV.
Apa yang terkandung di dalam iklan-iklan TV? Mereka sedang cuba sedaya-upaya untuk melampaui batas sempadan yang dibenarkan bagi menonjolkan nafsu, berahi, seksi, menukar kebiasaan rakyat, dan menjadikan yang tidak mungkin, mungkin! Tiada sesiapapun yang mahu membantah. Tapi, cuba tonton satu iklan – hampir semua iklan akan mempunyai pandangan/kritik dari persepsi yang berlainan. Tapi kita tak buat, itu sahaja.
Peringatan: Kepada sesiapa yang tidak pernah tonton TV atau tidak suka TV dan baca surat khabar atau majalah, di dalam media cetak pastinya terkandung lebih banyak iklan-iklan yang melampaui batas.
*'The Thin Edge of the Wedge' atau "Sudut Bucu Yang Sempit bagi Sebuah Penghalang" sekarang sudahpun membuka pintu dan yang lain akan turut serta masuk ke dalam rumah.
Sekarang, marilah kita lihat segalanya! Homoseksual. Sebelum itu, ingatlah bahawa semua ini adalah bertujuan untuk "kebebasan". Juga tidak ketinggalan, kebenaran orang dewasa serta apakah maksud "dewasa" Sudahkah anda tidak bersetuju terhadap "kebebasan"? Bukankah kamu berada di barisan hadapan semasa perjuangan untuk menyuarakan pendapat, mendapatkan ruang, dan memuaskan nafsu?
Jadi, apa masalahnya sekarang? Semuanya mengenai N-A-F-S-U, kan?
"Selamat tinggal, orang-orang tua. Sekarang ini ialah zaman kami." Kalau tidak percaya, cuba tanya anak-anak kita.
Pernah sekali terjadi perarakan Washington March for Gay Pride pada tahun 1993, mereka melaung:
"Kami di sini. Kami gay. Dan kami berhasrat untuk mengambil anak-anak anda"
Kamu ingat ianya tidak menjadi kebiasaan? Aiskrim pun begitu juga.
Hasil nukilan Sheikh Yawar Baig – 11 Februari 2011 Diterjemah oleh: Khudri Johari
Artikel Asal: Not Mine - Because I am Not a Valentine Imej: www.funmunch.com
Posted by cahaya ilahi at 9:52 AM 0 comments
Monday, February 14, 2011
maulidur rasul vs valentine's day..
tertarik ana bila dapat gambar ni dari i luv islam....memang hampir kebetulan...semalam 14 feb valentine's day...hari ini 15 feb bersamaan 12 rabiul awal sambutan maulidur rasul bagi semua umat islam....agak2nya????yg mana lebih banyak sambutan? mungkin antum dah boleh agak..atau masih tertanya2....ana pun tertanya2..tapi itu kita boleh fikirkan bersama....tapi di sini ana nak kita semua renungkan kembali dan fikirkan kembali tahap mana kecintaan kita kepada rasulullah??? mungkin ada yg masih rendah..ada yg sederhana...ada yg tinggi...masing2 boleh buat penilaian.....dan dari sinilah kita muhasabah semula diri kita dan perbaiki apa yg kurang...
pesanan dari penaja~jangan lupa ye selawat banyak2 ke atas nabi muhammad s.a.w...ha...ni lagi satu perkara...antum perasan x, masa sambutan maulidur rasul je kita semangat berselawat..tapi bila bukan masanya..masing2 diam....dan x ambil peduli.....kenapa macam tu?? sama2lah berfikir...ingat....kita jgn kedekut sebab nabi dah kata org yg paling kedekut adalah yg tidak berselawat ke atasnya...so...haril2lah kita selawat ye....selamat beramal....sambil2 tu hayati lagu ni ye....
Posted by cahaya ilahi at 9:34 PM 0 comments
ini jalan terbaik..
dah 2 hari ana menghabiskan masa di facebook..tapi bukan untuk buang masa..tapi untuk menjalan perancangan yg dah lama dibuat iaitu BLOCK/REPORT THIS PERSON....ini khas untuk kaum adam...jadi..ana minta maaf sgt pada shbt2 muslimin kerana terpaksa remove antum demi menjaga hati kita bersama...(zina hati)...
mungkin ada yg berpendapat...ana ni jumud....syadid...dan sbgnya..tapi bagi ana..tiada kepentingan pun menambah kaum adam sebagai kwn di fb...maaflah ye...ana hanya ingin yg terbaik untuk diri ana...klu antum nak kritik ke ape ke..silakan....ana tetap dgn pendirian ana...
selama fb ni aktif...(hampir setahun)....perbincangan ilmiah rasenya x banyak sangt...lagha je..astagfirullah....dan dalam fb juga ada insan2 muslimin yg meluahkan perasaan...astagfirulllah lagi sekali....ana dah x sanggup mengotori hati ini....apa2pun asif ala kulli hal....
Posted by cahaya ilahi at 9:07 PM 0 comments
Friday, February 11, 2011
kerana dirimu begitu berharga..
tajuk post kali ni diambil sempena tajuk forum yg diadakan di surau muslimat...ia juga adalah salah satu aktiviti utk program 'wardatul a'fifah....forum yg membincangkan mengenai wanita....yg menjelaskan nilai seorang wanita....sangat menyentuh jiwa dan memberi iktibar kerana 2 ahli panelnya adalah dari kaum ibu yg benar-benar mempunyai tokoh kewanitaan....2 ahli panel ini didatangkan khas dari negeri kelantan...anak jati negeri tok guru..
wanita...bila sebut wanita pasti membayangkan susuk tubuh yg menarik...suara yg merdu....sifat yg lembut.....itu sudah tentu...tapi yg ingin ana kongsikan di sini ialah kenapa wanita begitu bernilai dan berharga?...allah s.w.t telah mencipta seorang wanita untuk menemani seorang lelaki...(bila dah kahwin)....seorang wanita ini boleh ana umpamakan seperti sekumtum bunga....sedia maklumlah....bunga pastilah cantik kan...maka....x salah jika ana samakan wanita ini dengan bunga kerana dua ciptaan allah ini sama-sama cantik....subhanallah...
bunga akan mekar apabila dijaga dengan baik....akn harum baunya apabila si lebah atau si kumbang tidak datang menghisap madunya....tapi....bunga juga akan layu apabila tidak dipelihara dgn baik....dan akan hilang kewangiannya apabila si lebah atau si kumbang datang menghisap madunya.....samalah seperti wanita....akan berharga bila mana...dirinya benar-benar dijaga dan dipelihara dari segi auratnya...akhlaknya....tutur katanya dan muamalatnya....tapi..wanita akan hilang martabatnya bila mana...dirinya diserahkan kepada insan yg tidak sepatutnya (lelaki) utk dijaga...syaitan sgt kreatif dalam menghasut org islam...jadi berhati-hatilah wahai kaum hawwa'....diri kita ini tidak boleh dijual beli...
dalam surah an-nur ayat 31 ada menyebut perintah kepada wanita supaya menutup aurat dan menjaga maruahnya...jadi bila seseorang wanita tidak menjaga dirnya...maka ia sama sekali telah melanggar hukum allah yg telah termaktub dalam al-quran...
diri ini juga kdg-kdg tidak mampu mengawal diri...diri ini bimbang andai allah menguji ana dengan apa yg ana sampaikan ini....tapi ini adalah tanggungjawab ana menyampaikan apa yg ana tahu bg kebaikan semua.....perasaan ini harus ditepis.....yg penting keyakinan dan pergantungan kita hanya pada allah semata-mata...wallahua'lam...
Posted by cahaya ilahi at 5:14 AM 0 comments
Thursday, February 10, 2011
muhasabah cinta ku...
hari ini angin sepoi2 bahasa...tenang...lebih2 lagi berada dalam suasana biah solehah...namun....ana sendiri tidak tenang...tiada mood....tiada apa-apa dalam fikiran kecuali mengingati mati dan dosa-dosa yg dilakukan...allah..
air mata ana mengalir tidak henti2 kerana terkenang dosa lalu dan risau memikirkan dosa yg bakal ana wat nanti...risaunya...ampunilah dosaku ya allah yg lepas dan akan datang...sesungguhnya hamba ini takut dengan murka mu...dalam masa yg sama...hati ini juga rindu kepada keluarga....ya allah...ujian ini sangat berat bg diri ini...tapi allah telah menyebut dalam surah al-baqarah ayat 286 yg bermaksud 'allah tidak memberati seseorang melainkan apa yg terdaya (dibuat) olehnya.' jadi...ana perlu kuat!!!
tapi....kadang-kadang ana tidak kuat....lemah rasenya....tiada kekuatan...tapi shbt2 pernah mengingatkan kekuatan perlu dicari bukan ditunggu....ya..ana tidak menafikan...tetapi itu perlu masa....masa yg cukup untuk ana melupakan segala yg pahit....allah...
bila difikirkan balik....berapa tinggikah tahap cinta ana kepada allah....adakah cukup tinggi atau masih di tahap yg rendah..ya allah...risaunya hati ini.....diri ini sentiasa lalai....bila lalai maka pasti lupa allah....selama diri ini hidup....rasenya lebih banyak lalai daripada mengingati allah....ya allah...ampuni aku.....
redha allah yg ana kejar tapi kdg2 perkara yg ana buat itu tidak bertepatan dgn syara'nya....bagaimana diri ini mahu mengaku bahawa mencintai allah?....ya allah...lemahnya..hamba...
~kuatkan aku di jalanmu....tetapkan iman dan islam dalam diriku....jadikan aku hamba yg beramal dgn ilmunya....dan....jadikanlah aku wanita solehah.....amin ya rabbal a'lamin....~
Posted by cahaya ilahi at 3:09 AM 0 comments
Wednesday, February 9, 2011
pertemuan pertama dan terakhir..
kenangan itu tidak dapat dilupakan....menyambut hari lahir shbt yg pernah bersama-sama satu kelas..(ex-kelas majmuah 4) pertemuan pertama antara kami selepas terpaksa di rombak kelas oleh pihak pentadbiran..dan...ini jugalah pertemuan terakhir kami kerana masing2 akan berpindah ke k.l bagi meneruskan pengajian....
semasa pertemuan itu...segala kisah suka duka kami diceritakan semula...yg plg tidak dilupakan...semasa main futsal...salah seorang daripada kami tersalah menjaringkan gol..memang kenangan paling manis....boleh plak x perasan...huhu.....
masa majmuah 4 dulu...hbgn kami sangat2 rapat...sebabnya jumlah kami sedikit je...muslimin 8 org...muslimat 11 org....apa-apa yg berlaku kami kongsi sama2....seronok sangat..masing2 sporting...ade yg nakal sgt..ada yg mulut x berhenti2 ckp....ada yg semangat belaja...ada yg pendiam (analah tu..hehe..) ada yg pandai..ada yg sederhana...tapi....sume x menghalang kami utk berjaya sama2....majmuah 4 sem1 dan sem2 memang mantap...
tapi...bila diberitahu pentadbiran yg majmuah sem2 akan dirombak...masing2 gelisah..xnak tukar kelas...yelah...dah setahun bersama..tiba2 kena pg kelas lain..sedih sgt...
tiba waktu semester 3..suasana kelas sangat berbeza....ana x kenal sgt sapa yg sekelas dgn ana....rase x seronok sgt.....xde feel nak belaja....yg lain pun camtu....tapi...lama2.....alhamdulillah.....makin rapat...ia perlukan masa.....
sejak itulah...hbgn antara ex-majmuah 4 semakin renggang sebab masing2 ade tanggungjawab lain2...lagi2 yg pegang pimpinan ( cam ana.)...bila jumpa je ex-majmuah 4 ase lain je...x mesra cam dulu.....tapi ana cuba eratkan semula dgn ziarah mereka semua....ana syg mereka...
sambutan hr lahir petang tadi sgt menyentuh ht ana....ht2 yg terpisah dulu bertaut kembali...terima kasih ya allah...jgnlah kau pisahkan kami lagi....subhanallah....
Posted by cahaya ilahi at 3:24 AM 0 comments