BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 30, 2011

~tarbiah~

alhamdulillah. dah lama ana x jenguk blog ni. asenya dah 3 minggu. tapi apapun alhamdulillah ana masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan melakarkan coretan-coretan hati di sini. allah. maaf. ayat terlalu berbunga. (^,^)..coretan ana kali ni adalah tentang tarbiah. antum tau apa tarbiah? bg yg sekolah agama mestilah taukan. tapi x mustahil yg bukan sekolah agama pun tau jugak bahkan lebih arif dalam bidang dakwah ni. don't judge the book by its cover!..

by the way, tarbiah is.....what? sebelum ana beritahu, ingin ana menceritakn serba sedikit tentang kehidupan ana.time sekolah menengah, agak aktif jugaklah. lagi2 dengan badan dakwah. pegang exco pulak tu. tapi masa tu memang x matanglah. fikir nak jawatan je. astagfirullah. mana x nya. klu kita ni ramai cikgu kenal, lagi bestlah. asyik dapat makan free je. huhu. memanglah x matang!. wat program keagamaan banyak jugak. ceramah,tayangan, kem ibadah dan lain2. tapi bestlah coz memang my favourite buat keje macam2 ni. tambah pengalaman. masa nilah ana kenal dan tahu tentang perjuangan islam ni. tapi x rase ruhnya sebab ikut org. dan hanya dengar, masuk ikut kanan keluar ikut kiri. astagfirullah...

bila habis spm, daftar form6 ambik stam. sementara tunggu spm. alhamdulillah. resultnya agak oklah dan dapat tawaran belaja kat kelantan. negeri tok guru. ya allah. subhanallah. lega tapi...takut...sebab first time duduk kat asrama. x pernah stay asrama. jadinya first time masuk memang berdebar. xtau nak wat pe. tapi alhamdulillah..boleh juga besekan diri. kene survive sorang2. hanya ALLAH yg tau.

selama stay kat sane..ana telah mendapat sesuatu yg berharga kerana ia telah merubah diri ana. selama 2 tahun, ana ikut usrah di sana. banyak yg ana belajar. tentang ukhwah, perjuangan dan segalanya. masa kat sekolah x ase benda ni sume coz semua dibuat atas dasar semangat semata2 dan suka2..tapi masuk kat apium...ya allah..baru ana nampak apa tujuan kita hidup kat dunia ni. ke mana kita lepas hidup? erm..utk pengetahuan sahabat2 ana sekalian..apium ni adalah tempat biah solehah. di sini ana temui pelbagai ilmu. di sini ana temui hakikat kehidupan. di sini ana temui mutiara yg paling berharga dan di sini ana dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan pelbagai peringkat umur. alhamdulillah.

di sini ana belajar cara membahagikan masa ana untuk gerak kerja islam dan belajar. kedua2nya penting. dakwah no 1 tapi belajar bukanlah no 2!!!!!... segala suka duka ana rasai selama belaja di apium. tapi kerana tarbiahlah yg membuat ana mampu menerima segalanya. tarbiahlah yg membuat ana belaja berfikir secara matang. tarbiahlah yg membuat ana sedar siapa ana dan dari mana ana datang. ya allah. allahu akbar!

antum dah dapat gambarkan maksud tarbiah? jika belum, xpe. ana akan jelaskan. bismillahirrahmanirrahim...
tarbiah adalah proses mendidik diri dari buruk kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik. percayalah. kerana di sini juga kita belaja bahawa ALLAH ADALAH SATU-SATUNYA TEMPAT PERGANTUNGAN KITA!!!!! kerana ALLAH kita datang dan kerana ALLAH kita akan dikembalikan. semuanya datang dari ALLAH. yakin dan percayalah!!! ALLAH bersama orang-orang yg benar.

celupan ALLAH adalah sebaik celupan....ALLAHU AKBAR!!!!!

p/s: maaf andai coretan ini kurang sedap dibaca..ini saja yg mampu...(^,^)...

0 comments: