BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 19, 2011

cetusan nukilan ku sms berfikir dalam berzikir..

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah..ana masih diberi kesempatan untuk meneruskan penulisan blog yg tidak seberapa ni..(^,^)..
dalam post kali ni ana suka untuk menulis nukilan-nukilan yg tercetus dalam minda ana sejak bebarapa hari yg lalu...ia tercetus apabila ana berfikir ttg sesuatu perkara yg terjadi di sekeliling  hidup ana...diharap nukilan ini dapat dihayati dengan mata hati dan bukanlah mata kepala...walaupun ia tidak sebagus mana..tetapi ia menjadi inspirasi ana apabila membacanya...selamat mengasah minda dan hati..(^,^)...

dia mad'uku
''Aku punya sahabat,sayangnya dia tidak bersama-sama dalam perjuangan ini, tetapi dia memahami. Aku punya sahabat,sayangnya dia memahami syariat berpakaian dalam islam tetapi dia tidak mengamalkan seperti yg dia paham. Aku punya sahabat, sayangnya dia tidak meletakkan cinta utama pada Sang Pencipta sebaliknya cinta untuk sang kumbang. Inilah mad'uku, mad'u kesayanganku. Sejak dulu cinta dan kasihku tidak pernah berkurang malah bertambah kerana aku ingin pimpin tanganya ke syurga bersama-sama. Mad'uku adalah tanggungjawabku!!''

 syaitan itu kreatif
''dua insan ingin menjaga hati,cuba menjauhkan diri dari zina hati,mata,tangan dan kaki. Mereka pejuang pembela agama ALLAH, tetapi takdir telah tertulis, jundi muslimin meluahkn perasaan pada jundi muslimat. Bermula sebagai teman seperjuangan 'ana,anti,ustaz,ustazah'. Tiba satu saat, mereka tersedar mereka lalai kerana salah dalam menggunakan nikmat ALLAH. Mereka berhenti seketika. Tetapi ia tidak tahan lama apabila mereka ditaklif menjadi penggerak nadi usrah di destinasi yg sama. Di sini ALLAH menguji mereka. Syaitan pasti akan ambil kesempatan! ITU PASTI! dapatkah mereka mengawal perasaan YA ALLAH? dapatkah mereka menjaga hati mereka dari lalai mengingatiMU? hanya iman dan taqwa sahaja dapat menjaga mereka. YA ALLAH, ini adalah pelajaran buatku. Aku yakin Engkau pasti meletakkan HIKMAH yg berharga di sebalik peristiwa ini. Aku berserah diri hanya padaMU''

cinta pertama
''perasaan cinta itu sukar ditafsir. ia hadir tanpa kita pinta.ia hadir apabila sesuatu yg kita lihat itu, kita jadi tenang, kita bersamanya kita ingat ALLAH. cinta pertama org kata sukar dilupakan. benarkah? (^,^).
bagi ku, ia sukar dilupakan apabila ia didasari dengan cinta kerana agama yg ada padanya, dengan akhlak mulia yg tepahat pada dirinya. tetapi cinta pertama itu akan mudah dilupakan apabila insan itu sedar dia hanya mencintai seseorang atas dasar nafsu semata-mata..pangkat,harta dan rupa tiada nilaian agama. aku tersedar dari leka. aku tersedar apabila pengalaman itu aku tempuhi. alhamdulillah. Allah sangat menyayangin hambaNya. hidayah ini sangat berharga buat insan-insan yg tahu menghargai dan menilai dengan mata hati. pasakkan kedalam hati ''CINTA PERTAMAKU ADALAH ALLAH'' berusahalah ke arah MAMPU!!

0 comments: