BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 11, 2011

kerana dirimu begitu berharga..



tajuk post kali ni diambil sempena tajuk forum yg diadakan di surau muslimat...ia juga adalah salah satu aktiviti utk program 'wardatul a'fifah....forum yg membincangkan mengenai wanita....yg menjelaskan nilai seorang wanita....sangat menyentuh jiwa dan memberi iktibar kerana 2 ahli panelnya adalah dari kaum ibu yg benar-benar mempunyai tokoh kewanitaan....2 ahli panel ini didatangkan khas dari negeri kelantan...anak jati negeri tok guru..

wanita...bila sebut wanita pasti membayangkan susuk tubuh yg menarik...suara yg merdu....sifat yg lembut.....itu sudah tentu...tapi yg ingin ana kongsikan di sini ialah kenapa wanita begitu bernilai dan berharga?...allah s.w.t telah mencipta seorang wanita untuk menemani seorang lelaki...(bila dah kahwin)....seorang wanita ini boleh ana umpamakan seperti sekumtum bunga....sedia maklumlah....bunga pastilah cantik kan...maka....x salah jika ana samakan wanita ini dengan bunga kerana dua ciptaan allah ini sama-sama cantik....subhanallah...

bunga akan mekar apabila dijaga dengan baik....akn harum baunya apabila si lebah atau si kumbang tidak datang menghisap madunya....tapi....bunga juga akan layu apabila tidak dipelihara dgn baik....dan akan hilang kewangiannya apabila si lebah atau si kumbang datang menghisap madunya.....samalah seperti wanita....akan berharga bila mana...dirinya benar-benar dijaga dan dipelihara dari segi auratnya...akhlaknya....tutur katanya dan muamalatnya....tapi..wanita akan hilang martabatnya bila mana...dirinya diserahkan kepada insan yg tidak sepatutnya (lelaki) utk dijaga...syaitan sgt kreatif dalam menghasut org islam...jadi berhati-hatilah wahai kaum hawwa'....diri kita ini tidak boleh dijual beli...

dalam surah an-nur ayat 31 ada menyebut perintah kepada wanita supaya menutup aurat dan menjaga maruahnya...jadi bila seseorang wanita tidak menjaga dirnya...maka ia sama sekali telah melanggar hukum allah yg telah termaktub dalam al-quran...

diri ini juga kdg-kdg tidak mampu mengawal diri...diri ini bimbang andai allah menguji ana dengan apa yg ana sampaikan ini....tapi ini adalah tanggungjawab ana menyampaikan apa yg ana tahu bg kebaikan semua.....perasaan ini harus ditepis.....yg penting keyakinan dan pergantungan kita hanya pada allah semata-mata...wallahua'lam...

0 comments: