BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 8, 2011

pengalaman...

alhamdulillah..hari ini ana diberi peluang utk merasai mengerjakan haji dan umrah secara praktikal oleh pensyarah di sini...pada mulanya agak malu kerana ade kaum muslimin dan juga ade pelajar kelas lain..(gabung kelas)...tapi kerana utk belajar..ana tepis perasaan itu...

bermula dengan pengenalan pakaian utk mengerjakan haji dan umrah oleh pensyarah...wakil muslimin seorang dan 2 muslimat (ana dan shbt ana)... seperti yg kita semua belajar, lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit. hukumnya adalah wajib. sebagai ganti, dia boleh memakai sehelai kain dan selendang yang disunatkan berwarna putih. bagi wanita, mereka hanya diwajibkan membuka muka dan kedua tapak tangannya berdasarkan hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-bukhari dan selainnya: ''wanita tidak menyelubungkan mukanya dan tidak boleh memakai kedua sarung tangannya''..hadis ini adalah sebagai jawapan baginda kepada soalan beberapa org sahabat tentang perkara yg wajib dipakai oleh wanita sewaktu berihram haji dan umrah. wanita juga disunatkan menginaikan kedua tapak tangannya sebelum berihram kerana dia perlu mendedahkannya...(rujukan daripada kitab fiqh ibadat)

bermula tawaf mengelilingi meja ( kaabah) dan sai'e dari safa ke marwah (dari depan kelas ke hujung kelas)....rase cam betul je....pengalaman manis walaupun bukan hakikat sebenar....ini juga mengingatkan ana tentang kehidupan siti hajar yg berusaha mendapatkan air untuk anaknya...subhanallah.....allah maha kuasa...akhirnya siti hajar temui juga air apabila anaknya nabi ismail memijak-mijak tanah sehingga keluar air secara tiba-tiba...sama2lah kita ambil pengajaran dari kisah ini...bukan mudah utk korbankan tenaga bg org tersyg...fikirkanlah....

0 comments: