BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 30, 2011

~tarbiah~

alhamdulillah. dah lama ana x jenguk blog ni. asenya dah 3 minggu. tapi apapun alhamdulillah ana masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan melakarkan coretan-coretan hati di sini. allah. maaf. ayat terlalu berbunga. (^,^)..coretan ana kali ni adalah tentang tarbiah. antum tau apa tarbiah? bg yg sekolah agama mestilah taukan. tapi x mustahil yg bukan sekolah agama pun tau jugak bahkan lebih arif dalam bidang dakwah ni. don't judge the book by its cover!..

by the way, tarbiah is.....what? sebelum ana beritahu, ingin ana menceritakn serba sedikit tentang kehidupan ana.time sekolah menengah, agak aktif jugaklah. lagi2 dengan badan dakwah. pegang exco pulak tu. tapi masa tu memang x matanglah. fikir nak jawatan je. astagfirullah. mana x nya. klu kita ni ramai cikgu kenal, lagi bestlah. asyik dapat makan free je. huhu. memanglah x matang!. wat program keagamaan banyak jugak. ceramah,tayangan, kem ibadah dan lain2. tapi bestlah coz memang my favourite buat keje macam2 ni. tambah pengalaman. masa nilah ana kenal dan tahu tentang perjuangan islam ni. tapi x rase ruhnya sebab ikut org. dan hanya dengar, masuk ikut kanan keluar ikut kiri. astagfirullah...

bila habis spm, daftar form6 ambik stam. sementara tunggu spm. alhamdulillah. resultnya agak oklah dan dapat tawaran belaja kat kelantan. negeri tok guru. ya allah. subhanallah. lega tapi...takut...sebab first time duduk kat asrama. x pernah stay asrama. jadinya first time masuk memang berdebar. xtau nak wat pe. tapi alhamdulillah..boleh juga besekan diri. kene survive sorang2. hanya ALLAH yg tau.

selama stay kat sane..ana telah mendapat sesuatu yg berharga kerana ia telah merubah diri ana. selama 2 tahun, ana ikut usrah di sana. banyak yg ana belajar. tentang ukhwah, perjuangan dan segalanya. masa kat sekolah x ase benda ni sume coz semua dibuat atas dasar semangat semata2 dan suka2..tapi masuk kat apium...ya allah..baru ana nampak apa tujuan kita hidup kat dunia ni. ke mana kita lepas hidup? erm..utk pengetahuan sahabat2 ana sekalian..apium ni adalah tempat biah solehah. di sini ana temui pelbagai ilmu. di sini ana temui hakikat kehidupan. di sini ana temui mutiara yg paling berharga dan di sini ana dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan pelbagai peringkat umur. alhamdulillah.

di sini ana belajar cara membahagikan masa ana untuk gerak kerja islam dan belajar. kedua2nya penting. dakwah no 1 tapi belajar bukanlah no 2!!!!!... segala suka duka ana rasai selama belaja di apium. tapi kerana tarbiahlah yg membuat ana mampu menerima segalanya. tarbiahlah yg membuat ana belaja berfikir secara matang. tarbiahlah yg membuat ana sedar siapa ana dan dari mana ana datang. ya allah. allahu akbar!

antum dah dapat gambarkan maksud tarbiah? jika belum, xpe. ana akan jelaskan. bismillahirrahmanirrahim...
tarbiah adalah proses mendidik diri dari buruk kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik. percayalah. kerana di sini juga kita belaja bahawa ALLAH ADALAH SATU-SATUNYA TEMPAT PERGANTUNGAN KITA!!!!! kerana ALLAH kita datang dan kerana ALLAH kita akan dikembalikan. semuanya datang dari ALLAH. yakin dan percayalah!!! ALLAH bersama orang-orang yg benar.

celupan ALLAH adalah sebaik celupan....ALLAHU AKBAR!!!!!

p/s: maaf andai coretan ini kurang sedap dibaca..ini saja yg mampu...(^,^)...

Wednesday, March 16, 2011

wanita dan purdah..

DALIL YANG TIDAK MEWAJIBKAN

1. Firman Allah: ولأ يبدين زينتهن اءلا ما ظهرمنها

maksudnya:dan janganlah kamu pamerkan perhiasan kamu kecuali apa yg zahir drpdnya..

Ibnu Abbas berkata di sini yg dimaksudkan dgn apa yang zahir ialah muka dan tapak tangantetapi pendapat ini disangkal oleh Syeikh Musthafa Al-Adhawi dlm kitab Jami' Ahkamin Nisa'

2. Firman Allah: قل للمؤمنين يغضوا من أبصرهم ويحفظ فروجهم

maksudnya: dan katakanlah kpd org mu'min tundukkan pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka....

Ayat ini menunjukkan bahwa ada sesuatu pada wanita yg mungkin dibolehkan untuk dibuka yg pada masa yg sama dilarang dilihat oleh lelaki.

ia juga dikuatkan dengan beberapa hadis antaranya:"Wahai Ali, janganlah kamu ikutkan pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, kerana engkau berhak pada pandangan pertama tetapi tidak pada pandangan kedua..

3. Hadis nabi:

Dari Aisyah R.A bahwa Asma' bintu Abu bakar telah menemui Rasulullah dgn memakai pakaian yg tipis, maka Rasullah berpaling drpdnya dan berkata,: Wahai Asma', jika seseorang wanita itu telah mendapat haidh (baligh) , maka tidak patut terlihat drnya kecuali ini dan ini ( Rasulullah menunjuk kpd tapak tangan dan muka)

4.Hadis nabi:

Rasulullah berjalan bersama Al-Fadhl bin Abbas, kemudian ia berhenti untuk memberi periungatan kpd org ramai... ketika itu datanglah seorang wanita yg cantik dari suku Khats'am meminta fatwa dr Rasulullah. Maka terlihatlah Al-Fadhl akan wanita itu dan terpesona ia. Nabi melihat Al-Fadhl dgn pandangan yg tajam , tetapi dia tetap memandang ke arah wanita tersebut. Maka Rsulullah pun berundur ke belakang dan memegang dagu Al-Fadhl dan memalingkan wajah Al-Fadhl...

Hadis ini menunjukkan bahawa dibolehkan memperlihatkan muka kpd org ramai....

Ini hanyalah sebahagian hujah drpd 18 hujah sahih drpd ulama'. Baiklah... mari kita lihat kpd hujah yg mewajibkannya........

HUJAH2 YANG MEWAJIBKAN PEMAKAIAN PURDAH

1.Firman Allah: وقل للمؤمننات يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن

maksudnya: dan katakanlah kpd muslimah tundukkanlah pandanganmu dan peliharalah kemaluanmu.......

Di sini disuruh supaya menjaga kemaluan, ia juga termasuk menjaga segala yg mendorong ke arah rosak nyer kemaluan/kehormatan. Ini kerana memperlihatkan muka kpd org ramai sudah tentunya mendorong nafsu syahwat lelaki dan akhirnya akan pergi kpd kejadian yg lebih jauh... Na'uzubillah.........


2.Firman Allah: ولأ يبدين زينتهن اءلا ما ظهرمنها

maksudnya: dan janganlah pamerkan hiasan mereka kecuali apa yg zahir daripadanya...

Ibnu Mas'ud berkata bahwa apa yg zahir drpd mereka ialah pakaian. Ia disahihkan oleh Syaikh Mustafa Al-Adawi dlm kitab Jami' Ahkamin Nisa'. Ini bermaksud wanita itu wajib menutup mukanya sekali....


3. Firman Allah: وليضربن بخمورهن على جيوبهن

masudnya: dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka hingga ke leher dan dada mereka...

Berdasarkan ayat ini, wanita itu wajib menutupi dada dan leher mereka, maka ,menutup muka adalah lebih wajib kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yg bijaksana ini memerintahkan menutup dada dan leher tetapi membiarkan muka terbuka.

4.Firman Allah:ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن

maksudnya: dan janganlah mereka menghentakkan kaki2 mereka agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan......


Allah melarang muslimah menghentakkan kaki2 mereka kerana khuatir akan terdengar perhiasan2 mereka seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini kerana risau akan laki2 yg terdengar gelang2 kaki akan tergoda,maka godaan yg ditimbulkan kerana terlihat muka adalah lebih besar lagi. Apatah lagi dengan solekan2 yg berlebihan, pastinya ia lebih berhak ditutup untuk mengelakkan fitnah yg besar.

.5.Firman Allah (sorilah... dh malas nk tulis arab):"apabila kamu meminta sesuatu keperluan drpd mereka, maka mintalah dr belakang tabir. Cara itu lebih menyucikan bagi hatimu dan hati mereka." (Al-Ahzab:53)


Ayat ini jelas menunjukkan bahawa wanita wajib menutup diri mereka dari laki2 termasuk menutup wajah. Hikmahnya ialah untuk menjaga kesucian hati2 org yg beriman


6. Ummu Athiyah berkata: " Pada dua hari raya, kami diperintahkan untuk mengeluarkan wanita2 haidh untuk menghadiri jemaah kaum muslimin dan doa' mereka. Seorang wanita bertanya, "wahai rasulullah, seorang di antara kami tidak memiliki jilbab(tutup muka) bolehkah dia keluar..? Maka Rasulullah menjawab "hendaklah kwan2nya meminjamkan jilbab mereka"


7. Aisyah berkata: " jika rasulullah melihat wanita-wanita di zaman ini apa yg kita lihat, nescaya beliau melarang wanita ke masjid"

perkataan Aisyah ini adalah setelah beliau wafat, dan ketika itu para wanita sudah tidak terlalu menjaga adab2 mereka. Antaranya tidak memakai jilbab(purdah). Ini menjelaskann bahawa jika seseorang muslimah itu tidak memakai jilbab, ia dilarang untuk keluar rumah.

ini adalah sebahagian hujah drpd 26 hujah yg ana dapati drpd para ulama' dan mereka2 yg ahli dn layak dlm bidang ini....

Antara ulama' yg berpendapat bahawa purdah itu wajib ialah:

1.Syaikh Muhammad Al-Shinqithi2.Syaikh Abdul Aziz bin Baz3.Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin4.Syaikh Abdullah bin Ibrahim Al Jarullah5.Syaikh Bakar Abu Zaid6.Syaikh Musthafa Al-Adhawidan lain2 lagi.........


KESIMPULAN

-Menutup muka bukanlah suatu yg asing ketika zaman Rasulullah. Ia dilakukan hampir seluruh muslimah ketika itu sehingga ianya dijadikan keutamaan dan dijatuhkan hukum wajib oleh sebahagian ulama'. Namun sekarang ia sudah jadi tidak biasa dan jadilah ia hanya satu tuntutan dan bukan kewajipan walaupun terdapat hujah2 yg mantap serta kuat untuk mewajibkannya.

-Zaman ini juga telah masuk sebagai apa yg dikatakan dlm hadis rasulullah: بدأ الأسلام غريبا وسيعود غريبا فطبى للغربأ

maksudnya: "islam itu bermula dengan ganjil (dari pandangan orang ramai), dan ia akan kambali dipandang ganjil (akhir zaman), maka beruntunglah orang2 yg ganjil( pada waktu itu)."

maka, apa salahnya kita menjadi sebagai orang yg dipandang ganjil seperti yg dikatakan nabi dan sekaligus mendapat doa' drpd nabi sebagai org yg beruntung. Jadi ana menyeru Muslimah agar doronglah diri anda serta rakan2 anda untuk mengenakan purdah, kerana walaupun ada dalil yg mengatakannya tidak wajib, tetapi kita mesti ingat bahawa terdapat juga dalil yg mengatakannya wajib. ~wallahu a'alam~

akhirnya ku temui jawapan..

alhamdulillah...bersyukur ke hadrat ilahi kerana diri ini masih mampu bernyawa dan meneruskan tugas sebagai khalifah di dunia ini..terima kasih ya allah..erm...hari ana terasa sangat2 lega kerana jawapan yg ana cari selama ini terlerai juga akhirnya setelah bertemu dgn insan yg dihadirkan oleh ALLAH...siapakah insan itu? biarlah menjadi rahsia...yg penting sekarang ana telah mendapat semangat baru dan punye prinsip yg sesekali tidak akan digoyahkan...insyaALLAH...

jawapan apa ye???.....erm...jawapan samada ana perlu kahwin atau x?....agak pelik...tapi ana agak tertekan coz ade yg wat statement yg bukan2 pasal ana....ana x suke....dan ia bercanggah sama sekali....erm.... topik ni juga paling diminati gadis2. sebab apa ana pun xtau...tapi klu ajak ana borak sal benda ni...maaflah...i'm not interesting....bukannya apa...ana masih belum bersedia...

jawapan bg persoalan ana di atas...ialah....bergantung pada prinsip ana...prinsip ana..ana nak fokus belaja dulu...insan yg menasihati ana cakap pada ana....jaga diri baik2....jgn layan lelaki klu tiada keperluan....tingkatkan amalan....jaga ibadah....dan lain2....last sekali dia kata...perempuan baik utk lelaki yg baik...alhamdulillah....walaupun jawapan ni ana boleh cari sendiri dalam internet...tapi mungkin sebab fikiran ana bercelaru...jadi x dapat fikir apa2.....syukran jazilan kepada ..........................(^_^).......

jadi..nasihat ana kepada wanita2 yg ana sayangi..jagalah diri kalian.....jadilah yg terbaik di kalangan yg terbaik...ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!!!


Sunday, March 13, 2011

hadiah dari seseorang yg istimewa...

kesukaan ana..
sentiasa pakai ni utk mengingati si dia..



alhamdulillah...ade juga yg sudi memberi...pasti ade diantara antum yg terfikir ni adalah hadiah dari muslimin...atau sesiapa...pelbagai tafsiran pasti menyinggah di benak sahabat-sahabat kan??

jika ade yg berfikir demikian...istigfarlah kerana ia boleh membawa prasangka buruk pada seseorang... jika tidak...alhamdulillah....erm...hadiah ni ana dapat dari adik usrah ana yg sangat manja orgnya....walapun dy jarang turun usrah....tapi ana tetap sayang dy....bg ana kita jgnlah meninggalkan org yg masih mencari kekuatan utk mendapatkan kebenaran....kita rapatkanlah dgn diri dgnnya....menyentuh hati seseorag itu sgt penting sebelum kita menegur atau mengajak kepada kebenaran....rasulullah juga ajar camtu...

didiklah diri untuk memahami org sebelum kita minta seseorang memahami kita....wallahua'lam..

Thursday, March 10, 2011

hari-hari terakhirku..

dah lama x buka blog....sangat padat aktiviti ana....exam....wat video...tolong pensyarah utk malam anugerah kolej dan sbgnya...tapi....dalam kesibukan itu....sedar x sedar kehidupan ana  di apium semakin berakhir.....allah...hanya kau tahu sedihnya hati ini.....banyak kenangan pahit dan manis telah terlakar di sini.....kalau ingin diungkapkan satu persatu...sampai bila-bila tidak akn habis....tapi....ingin ana kongsikan di sini kenangan ana bersama pensyarah-pensyarah, pakguad dan staf-staf lain....kebanyakan org hanya melakar kenangan bersma kwn-kwn...tapi bagi ana kenangan bersama org yg terlebih dulu makan asam garam kehidupan lebih bermakna kerana mereka lebih arif dan tahu buruk baik sesuatu perkara....

nasihat-nasihat berguna telah banyak dilontarkan...insyaALLAH insan ini akan memanfaatkan sebaik mungkin.....keadaan di sini memberi ana satu ketenangan kerana ana mendapat banyak manfaat....dari segi akhlak masyarakatnya.....suasana belajarnya......allah.....aku pasti akan merinduinya....

tarikh 10/3/2011 ana dan roomate ana siti rahimah ikhsan telah menjelajah ke seluruh apium untuk bertemu pensyarah-penyarah,staf-staf kolej dan pejabat..rase bahagia tapi hati sebak kerana itulah hari terakhir ana mendengar nasihat-nasihat dari mereka dan juga hari terakhir ana bersma dengan roomate.....mengalir airmata tatkala diri ini melihat wajah-wajah mereka yg memberi ana seribu kenangan...suka di sini ana menyebut nama-nama yg akan ana ingat sampai bila-bila...insyaALLAH...antaranya...ustaz muhiden,ustaz hazrul,ustazah wan rohani,ustaz mahyuddin,ustaz azrien,ustaz zamri,ustaz syed abdurahman,ustaz khairul akhbar, ustaz alwee,ustaz nawi,ustaz shukeri,ustaz najib,ustazah syukriah,ustazah thuraya,bapak sharif ponor,pakcik mohamad,pakcik jamal,pakcik nawi,pakcik abu bakar,kak na...ramai lagi pakguard....dan staf-staf....kak nor,kak azima,kak za,abg zul,abg zamri,abg mi dan ramai lagi.........ana sayang kesemuanya.........mereka seperti keluarga bagi ana.....

ana menghitung hari dan waktu....malam esok jam 9 malam akan bertolak ke kl...dan saat kaki melangkah keluar...itulah hari terakhir ana di apium dan kelantan.....tapi isyaALLAH ana berazam akan datang semula untuk bertemu mereka....lebih2 lagi bulan 6 ana akan belaja di pondok pasir tumboh bersama roomate untuk mengisi masa lapang yg ada dan menambah ilmu dan memantapkan bahasa arab sebelum ke kl..insyaALLAH...jari ini sudah tidak mampu menaip kerana hati makin sebak jika difikirkan tentang kehidupan di sini....sampai sini saja....moga kita jumpa lagi......apium nilam puri tetap di hati....

laluan jalan kaki yg masih belum siap....xsempat ana merasa
bangunan pejabat am.
pejabat am..
dewan johor..maktabah...dalam bangunan ni..
pakcik maktabah paling sporting..
ni antara buku2 dalam maktabah...banyak lagi rak...
kawasana blok alga dan rumah penyelia..
suasana dalam maktabah..
bangunan kuliah....
tetap dalam ingatan...
pakcik jamal dan pakcik....lupa namanya...





APIUM NILAM PURI DALAM KENANGAN...