BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 22, 2011

ubah pendirian ke???

^^ana ingin mengumumkan bhw ana br wt akaun fb yg br atas nm Nor Anisah. ini khas untuk org2 tertentu muslimindan muslimt..aik?dulu kata xnak ade muslimin dlm hp dgn fb? ^^ manusia berubah2 angin..tujuan ana wat fb yg satu lg ada sebabnya...sebab yg munasabah..yg penting...^^...wallahua'lam...

assalamualaikum. sini ada satu cita yg sangat memberi pengajaran buat2 jiwa2 yg kegersangan ilmu...semoga bermanfaat..selamat membca!

Ada seorang pemuda yang tugasnya setiap waktu melaungkan azan di sebuah masjid. Pemuda ini kemudian berpindah ke Amerika dan menyewa hostel di sana. Bermulalah kehidupan barunya sebagai seorang penuntut. Biarpun berpengalaman sebagai muazzin, dia tidak pula cuba untuk meneruskan peranan ini di tempat tinggal barunya.


Suatu hari, pintu biliknya diketuk. Bila dibuka, rupa-rupanya beberapa orang kawan barunya menanti. Mereka mengajak pemuda tersebut untuk bermain bowling. Pada mulanya pemuda itu menolak, namun setelah puas dipujuk, dia pun bersetuju.


Di dewan bowling petang itu, sejurus masuk waktu solat, pemuda itu memberitahu kawan-kawannya yang dia perlu menunaikan solat, lantas meninggalkan mereka untuk solat. Kali kedua ke tempat yang sama, pemuda itu tidak lagi mengerjakan solat di sana apabila masuk waktu. Mungkin terasa dirinya sebagai 'outsider' kerana solat keseorangan sebelumnya.


Suatu hari di tempat yang sama, semasa bermain bowling, teman-temannya ini membeli beberapa botol minuman keras. Pemuda tersebut diajak minum sama. Pada mulanya pemuda ini menolak. Tetapi setelah didesak dan dicabar oleh kawan-kawannya, ditelannya beberapa teguk. Oleh kerana dia tidak pernah minum minuman keras, kepalanya mula terasa ringan dan pandangannya berpinar. Diminumnya beberapa teguk lagi sebelum bangun terhuyung-hayang, melangkah ke sana ke mari di dewan boling itu.


Tanpa disedari oleh kawan-kawannya yang asyik bermain, dia menghampiri seorang wanita cantik yang duduk bersendirian di sebuah meja berdekatan dan mula mengacaunya. Tiba-tiba muncul teman lelaki wanita tersebut. Apabila ternampak apa yang sedang dibuat oleh pemuda itu, teman lelaki wanita itu lantas menghayun dan menghentakkan bola bowling dalam genggamannya ke atas kepala lelaki yang mabuk itu. Lelaki itu jatuh terkulai dan menghembuskan nafas yang terakhir di situ juga.


Kisah ini diceritakan oleh Shaykh Riad Ouarzazi dalam sebuah seminar berjudul A HEART SERENE(Jiwa Yang Tenang) anjuran AlMaghrib Institute (http://almaghrib.org). Sehingga hari ini masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata Shaykh Riad di akhir ceritanya, iaitu "(At all times) you're either the caller (dai'e) or the one called (mad'u)." Maksudnya, setiap saat dalam hidup ini, kita sama ada seorang mad'u (orang yang dipanggil) atau dai'e (orang yang memanggil).


Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Shaykh Riad seperti yang disebut di atas, sebagai seorang dai'e, anda sentiasa memanggil atau mempengaruhi orang lain untuk berbuat kebaikan atau sebaliknya. Jika anda bukan seorang dai'e, anda secara otomatis adalah seorang mad'u yang dipengaruhi oleh dai'e tersebut, tidak kira sama ada anda sedar ataupun tidak. Dalam cerita di atas, disebabkan pemuda yang asalnya muazzin enggan meneruskan hidupnya sebagai dai'e di tempat barunya, dia akhirnya termakan dengan pujuk rayu kawan-kawan barunya. Persoalannya ialah: Dalam hidup ini, adakah anda seorang mad'u atau dai'e?

[Tuan/Puan yang turut menghadiri seminar tersebut, harap sudi perbetulkan andaikata saya tersilap fakta di atas.]


JANGAN HINA ORANG LAIN

Sejurus mendengar kisah ini, saya terpegun sejenak. Terkenang pula kata-kata Shaykh Yahya Adel Ibrahim Alhafidz, salah seorang guru dan penceramah yang dikasihi dan dihormati keluarga saya. Beliau pernah berkata: "Never judge a person because you don't know his or her circumstances." Maksudnya "Jangan menghukum orang lain kerana engkau tidak tahu latar belakang dan situasi hidupnya."


Saya kira ini boleh diertikan, kita jangan sekali-kali memandang rendah akan orang lain. Anda yang berpendidikan tinggi agama, jangan sekali-kali memandang rendah orang yang berpendidikan sekular. Wanita yang menutup aurat jangan sekali-kali mencerca atau menghina wanita yang berseluar pendek atau berpakaian kurang sopan, kerana tidak tahu asal usul hidupnya. Mungkin dia dibesarkan oleh ibu bapanya dalam keadaan sedemikian dan tidak tahu apa istimewanya menutup aurat, dan mengapa wanita harus menutup aurat. Malah, saat saya bertemu dengan wanita seperti ini, saya mengingatkan diri saya sendiri, andaikata saya dibesarkan dalam keadaan yang sama, terdedah kepada pengalaman-pengalaman yang sama, mungkinkah saya juga sepertinya?


Seperti kisah muazzin di atas, saat terakhir kita menghembuskan nafas di persada dunia belum tentu lagi cerah gelapnya. Biarpun saat ini saya solat, berpuasa dan menutup aurat, hati manusia berubah-ubah, termasuk hati saya sendiri. Benar saya berusaha, tetapi mustahil berlaku sesuatu tanpa izinNya. Segala yang saya terima, nikmat sebagai insan bergelar Muslim ini pun, adalah pemberian dari Allah. Jika Allah kehendaki, bukankah Dia boleh menarik balik rahmat dan kurnia ini dari saya? Kerana itu hakNya dan Dialah yang Maha Berkuasa. Apalah daya saya untuk menolaknya?


TERKIKISNYA IMAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Persoalan "Anda seorang mad'u atau dai'e?" yang dilemparkan oleh Shaykh Riad menyentak jiwa julung kali saya mendengarnya. Perspektif moden menekankan, soal spiritualiti itu hak mutlak individu. Justeru soal spiritualiti pantang ditonjolkan kerana "semua agama itu baik dan sama, terserah kepada individu untuk memilih agama yang sesuai dengannya".


Namun jika dilihat dari cerita di atas, sikap inilah yang mungkin membawa kita sedikit demi sedikit tergelincir lantas terjerumus ke dalam lembah yang tiada penghujungnya. Logiknya mudah; jika kita menganggap semua agama itu benar dan baik, tentu kita tidak nampak perlunya untuk memilih jalan sebagai mad'u atau dai'e.


Sebagai ibu atau bapa, adakah kita telah mendidik anak-anak untuk memilih antara hidup sebagai mad'u atau dai'e? Adakah kita menunjukkan contoh yang jelas kepada anak-anak dalam kehidupan seharian dengan membuat pilihan sebagai dai'e ke arah kebaikan? Amanah membesarkan anak-anak menjadi insan yang sempurna ini memang berat. Amat berat. Bagi diri saya sekalipun, saya yakin tidak pernah memikul tanggungjawab seberat ini. Setiap ketika terasa masih terlalu jauh perjalanan ini untuk mencapai apa yang diingini dari segi menerapkan ketaqwaan di jiwa anak-anak saya. Masih terlalu banyak yang belum saya laksanakan. Anda pula bagaimana?

p/s: dipetik dari i luv islam..




Thursday, May 19, 2011

~mereka lebih mulia~

kehidupan di dunia tidak menjamin kebahagiaan yg selamanya kecuali jika kita beriman dan bertaqwa. insyaALLAH nikmat kesenangan dan ketenangan akan kekal selamanya. pada post kali ni, ana ingin menyulusuri sesuatu perkara yg kita selalu terlepas pandang. iaitu mengenai mereka yg lebih mulia. siapa mereka tu???  baca sampai habis br tau ye..

erm..Allah telah mengurniakan ana sebuah keluarga yg besar. ada abang, akak dan adik. ditambah pula 5 org anak buah yg nakal2 semuanya. bila bercakap dengan mereka samada yg lebih tua atau lebih muda, macam2 emosi yg datang. ada suka, ada geram, macam2 nada. marah, sedih dan lain2. camna emosi tu boleh datang ye? ia datang apabila sesuatu perkara berlaku samada perkara yg melucukan, menyedihkan atau yg membuat kita marah. 
di sini ana tidak mahu menyentuh ttg emosi suka atau gembira tapi apa yg ana ingin sentuh ialah ttg emosi marah. berapa ramai yg boleh atasi emosi ini? ana yakin hanya kira2 20% saja yg dapat mengwalnya. bukan senang nak jadi sabar walaupun sabar itu indah. setelah 19 tahun 11 bulan hidup, baru ana dapat jawapn camne nak atasi perasaan marah dan emosi yg tidak terkwl tu.

satu statement yg mengubah sikap ana, ''apabila kita bercakap dengan org lebih muda dari kita, merendah dirilah kerana dia kurang berbuat dosa dan apabila bercakap dengan org yg lebih tua dari kita, merendah dirilah kerana dia lebih banyak berbuat amalan soleh berbanding kita''..itulah sebabnya mereka lebih mulia dari kita. subhanallah..Allah telah mengajar hambanya supaya sentiasa berhusnuzhon dengan semua org kerana bersuuzhon itu boleh membawa fitnah.. nauzu min zalik..

jadi..semoga kita semua dapat mengawal emosi dan perasaan dengan baik tidak kira dalam apa situasi sekalipun. sesungguhnya sifat marah itu sifat syaitan..janganlah kita jd kwn syaitan ye...selamat beramal..^^

cetusan nukilan ku sms berfikir dalam berzikir..

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah..ana masih diberi kesempatan untuk meneruskan penulisan blog yg tidak seberapa ni..(^,^)..
dalam post kali ni ana suka untuk menulis nukilan-nukilan yg tercetus dalam minda ana sejak bebarapa hari yg lalu...ia tercetus apabila ana berfikir ttg sesuatu perkara yg terjadi di sekeliling  hidup ana...diharap nukilan ini dapat dihayati dengan mata hati dan bukanlah mata kepala...walaupun ia tidak sebagus mana..tetapi ia menjadi inspirasi ana apabila membacanya...selamat mengasah minda dan hati..(^,^)...

dia mad'uku
''Aku punya sahabat,sayangnya dia tidak bersama-sama dalam perjuangan ini, tetapi dia memahami. Aku punya sahabat,sayangnya dia memahami syariat berpakaian dalam islam tetapi dia tidak mengamalkan seperti yg dia paham. Aku punya sahabat, sayangnya dia tidak meletakkan cinta utama pada Sang Pencipta sebaliknya cinta untuk sang kumbang. Inilah mad'uku, mad'u kesayanganku. Sejak dulu cinta dan kasihku tidak pernah berkurang malah bertambah kerana aku ingin pimpin tanganya ke syurga bersama-sama. Mad'uku adalah tanggungjawabku!!''

 syaitan itu kreatif
''dua insan ingin menjaga hati,cuba menjauhkan diri dari zina hati,mata,tangan dan kaki. Mereka pejuang pembela agama ALLAH, tetapi takdir telah tertulis, jundi muslimin meluahkn perasaan pada jundi muslimat. Bermula sebagai teman seperjuangan 'ana,anti,ustaz,ustazah'. Tiba satu saat, mereka tersedar mereka lalai kerana salah dalam menggunakan nikmat ALLAH. Mereka berhenti seketika. Tetapi ia tidak tahan lama apabila mereka ditaklif menjadi penggerak nadi usrah di destinasi yg sama. Di sini ALLAH menguji mereka. Syaitan pasti akan ambil kesempatan! ITU PASTI! dapatkah mereka mengawal perasaan YA ALLAH? dapatkah mereka menjaga hati mereka dari lalai mengingatiMU? hanya iman dan taqwa sahaja dapat menjaga mereka. YA ALLAH, ini adalah pelajaran buatku. Aku yakin Engkau pasti meletakkan HIKMAH yg berharga di sebalik peristiwa ini. Aku berserah diri hanya padaMU''

cinta pertama
''perasaan cinta itu sukar ditafsir. ia hadir tanpa kita pinta.ia hadir apabila sesuatu yg kita lihat itu, kita jadi tenang, kita bersamanya kita ingat ALLAH. cinta pertama org kata sukar dilupakan. benarkah? (^,^).
bagi ku, ia sukar dilupakan apabila ia didasari dengan cinta kerana agama yg ada padanya, dengan akhlak mulia yg tepahat pada dirinya. tetapi cinta pertama itu akan mudah dilupakan apabila insan itu sedar dia hanya mencintai seseorang atas dasar nafsu semata-mata..pangkat,harta dan rupa tiada nilaian agama. aku tersedar dari leka. aku tersedar apabila pengalaman itu aku tempuhi. alhamdulillah. Allah sangat menyayangin hambaNya. hidayah ini sangat berharga buat insan-insan yg tahu menghargai dan menilai dengan mata hati. pasakkan kedalam hati ''CINTA PERTAMAKU ADALAH ALLAH'' berusahalah ke arah MAMPU!!

Wednesday, May 18, 2011

nantikan..

nantikan coretan ana yg akan datang....